Rakyat jelata di Pulau Pinang mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong agar terus menaungi masyarakat majmuk di negara ini dengan penuh iltizam, adil dan saksama.<br /><br />Selain itu mereka juga menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai pemimpin negara yang sangat disayangi rakyat Malaysia dan berharap negara sentiasa aman damai di bawah naungan Tuanku Yang di-Pertuan Agong.